Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Bermula Dari Seorang Pengemis

SEBELUM ini, aku tidak menggemari puisi. Lebih kepada benci terhadapnya. Sering aku merungut, "Begitu mudah sekali manusia-manusia ini (penyair) mencipta nama dengan hanya beberapa patah kata yang karut!"
Entah mengapa, suatu hari aku cuba mengarang satu. Susah macam setan! Terus kuhantar kepada editor Dewan Siswa. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Aku menanti. Nah! Puisi pertama aku tersiar dalam Dewan Siswa edisi Jun 2010. Perasaan bercampur-baur. Puisinya begini,
AKU PENGEMIS
Lahirnya aku sebagai manusia kini aku pengemis kotak lapuk sudah cukup cukup membuatku selesa lena di kaki lima di kota haloba.
Pakaian lusuh dikotori kedaifan bau busuk menjadi teman dencingan syiling-syiling kecil memekik telinga agar terbenih secebis simpati bukannya rezeki yang diberi hanya jelingan hina yang diterima.
Manusia memaling cela sepak terajang pemuas rasa manusia itulah bertuan syaitan.
Aku reda kerana aku pengemis.
2010
Faisal Tehrani telah mengulas puisi aku. Katanya, “Puisi Azrin Fauzi mel…