Catatan

Perlukah Kita Percaya Kepada Hitchcock?

Imej
Kameo Hitchcock pada akhbar dalam filem Lifeboat (1944). Oleh André Bazin TIADA siapa pun boleh pertikai yang Alfred Hitchcock ialah manusia paling bijak dalam dunia sinema. Tiap-tiap satu filemnya ialah perjalanan ke luar sempadan teknik filem yang akan mempesonakan kita setiap kali pulang, seolah-olah setelah melihat pertunjukan bunga api. Apa-apa yang di luar batas sana hanya menanti untuk dilihat. Sewaktu Hitchcock meninggalkan studio-studio British demi Hollywood pada 1939, dia telah pun memberikan satu-satunya filem berkelas tinggi kepada sinema British yang diterbitkan sebelum perang, The Thirty-Nine Steps . Walaupun ia dibikin pada 1935, filem ini tak ditelan zaman - kecuali mungkin pada beberapa rinci kecil teknikal. Tetapi teknik bukanlah penting sangat. Ia secara umumnya ialah filem senario (dan apalah senario!) dan yang berkenaan dengan pengarahan dan pelakon-pelakonnya. Jika mungkin bukan akrobatik, pengarahannya cekap dan bijak. Tatkala sampai saja di Ameri...

Yang Mengintai Bayang

Imej
YANG-YANG: Ayah, aku tak boleh lihat apa yang kaulihat dan kau tak boleh lihat apa yang kulihat. Macam mana aku tau apa yang kaulihat? NJ: Soalan yang bagus. Ayah pun tak terfikir begitu. Mungkin sebab itulah kita perlukan kamera. Kau nak main dengannya? YANG-YANG: Ayah, bolehkah kita hanya tahu separuh saja daripada kebenaran? NJ: Apa? Ayah tak paham? YANG-YANG: Aku hanya boleh lihat apa yang di depan tapi bukan apa yang di belakang. Jadi, aku hanya boleh tahu separuh saja daripada kebenaran, kan? CATATAN: Dalam Yi Yi (2000), Edward Yang kembali menjadi kanak-kanak yang mengintai bayang-bayang dewasa.

Filem Lenyap Ditelan Rimba

Imej
The Blank Signature (1965), oleh René Magritte. AKU beritahu mereka yang aku sudah ter tonton Dukun di Facebook. Dan aku menyukai filem sulung Dain Said ini (walaupun benar filem ini tidaklah sebaik Bunohan ). Ia masih berlegar-legar di sekitar bayang-bayang mistikal Nusantara. Johan Radzi kata Dain Said memang suka betul bermain dengan hal-hal mistikal Melayu ini; main puteri dalam Bunohan,  ritual puak Tinggang dalam Interchange (dan ilmu hitam dalam Dukun ). Aku menyetujuinya. Ia sesuatu yang dekat dengan kita tetapi terlalu jauh dari pemahaman (berapa ramai yang mahu memahaminya? Atau berani untuk mendepaninya?). *** Sehinggalah Ali Aiman beritahu ada sebuah filem lama era studio tentang Borneo. Johan juga pernah terdengar akan kewujudannya. Tetapi mereka tidak mengingati judulnya. *** Malam semalam, sewaktu membelek Memoir Hamzah Hussin untuk rujukan artikel filem yang sedang ditulis, aku fikir aku telah menemui filem yang dimaksudkan oleh Ali d...

Apa-Apa Tentang Metaskandal

Imej
(Bebelan yang dikutip daripada akaun Twitter  @RealRomanBuku sewaktu saya menjadi kurator tempohari.) Interior with Young Man Reading (1898), oleh Vilhelm Hammershøi. 1. Ramai yang tidak tahu judul asal Metaskandal ialah "Outro Kaos". Bila Sufian Abas bagitau judulnya akan diubah kepada "Metaskandal" (diambil daripada salah satu judul cerpen dalamnya), saya OK saja. 2. Dalam erti kata lain, mungkin ia boleh jadi cara untuk kita jalinkan hubungan sulit dengan fiksyen. Atau mungkin tidak. 3. Melalui Metaskandal , saya mahu teroka ruang dan bunyi dalam fiksyen. 4. Bunyi: seperti dalam cerpen "Rfingk! Rfingk! Rfingk!", saya mahukan onomatopoeia (yang selalunya menjadi 'aksesori' dalam fiksyen) kali ini all-out dan gerakkan cerita sekali gus. 5. Ruang: ada ruang dalaman, ruang luaran, ruang peribadi, ruang awam. Ada juga ruang-ruang lain yang abstrak. Ada juga heterotopia . 6. Seperti cerpen "Kalau Bukan Fuko, Sia...

Sebelum Outro, Sebelum Kaos

Imej
Kid A (2000), Radio K.A.O.S. (1987), The Rise and Fall of Ziggy Stardust and the  Spiders from Mars (1972) dan In the Court of the Crimson King (1969). 1 SEINGAT saya, pada tahun lalu, saya, Ridhwan Saidi dan Anas Mohd. pernah berbual tentang bagaimana sesebuah kumpulan cerpen itu sebaiknya dihasilkan mirip album konsep oleh kugiran-kugiran di luar sana. Saya tidak pasti apa yang mencetuskan perbualan ini tetapi mungkin ia muncul kerana saya dan Anas - dan lain-lain - kebetulan baru sahaja selesai mengikuti bengkel penulisan cerpen Zainal Rashid Ahmad di Wisma Central. Dan kebetulan pula terserempak dengan Ridhwan pascakelas lalu terus bersepakat - dengan teman-teman sebengkel yang lain - ke Chat Masala di Brickfields. Atau mungkin juga pada waktu itu kami sedang rancak berbual tentang arwah Bowie, dan persona-personanya dan album Kid A (yang paling digemari oleh Ridhwan waktu itu). Saya beritahunya, saya sedang layan  In Rainbows , dan menggemarinya waktu i...

Suara Dari Dalam Tanah?

Imej
Cerpen "Ceritanah". ANGGAP sahajalah cerpen ini ialah cara untuk saya lari dari kota. Ini ialah cerpen paling kampung yang mampu saya tulis. Tetapi benarkah - dengan cerpen ini - saya lari seketika meninggalkan kota? Kerana kota mahupun desa, saya sentiasa rasa yang sebenarnya saya hanya meninggalkan cahaya. Benarlah kata Wan Nor Azriq, cerpen saya mana yang tidak gelap? Di dalam gelap, entah-entah saya tidak berlari ke mana-mana. The Grandmother (1970) Kemaskini: Cerpen "Ceritanah" baru sahaja memenangi hadiah utama kategori cerpen Hadiah Sastera Selangor 2017. CATATAN: Setiap kali ditunjukkan cerpen-cerpen saya kepada nenek, dia akan bersenda, "Tulislah cerita orang-orang kampung pula."

Surat Cinta Buat Sinema

Imej
( dalam n perenggan per saat ) [1] "SINEMATA" barangkali cerpen kedua saya tentang filem. Cerpen pertama yang saya tulis berkait dengan filem sebenarnya ialah "Sonia" (yang termuat dalam manuskrip kumpulan cerpen kedua saya, dan dalam proses penerbitan). "Sonia" ialah kecintaan saya bukan sahaja kepada sinema, malah kepada penulisan itu sendiri. Sonia merupakan percik imaginasi daripada puisi "Sonia" oleh T. Alias Taib. Tetapi itu cerita lain. [2] "Fotografi adalah kebenaran. Dan sinema adalah kebenaran 24 kali per saat," kata Michel Subor seraya galak menggambari Anna Karina dalam Le Petit Soldat (1960). Dan kita nampak potensi dan puitis suatu medium yang tidak sempat dinikmati oleh mereka-mereka yang hidup sebelum 1890-an; suatu cabang seni yang masih baru bernafas jika dibandingkan dengan seni-seni yang lain. [3] Kebetulan saya baru sahaja selesai baca novel The Book of Illusions oleh Paul Auster dan Jukstaposisi ...