Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel CAKAP-CAKAP

Suara Yang Merekahkan Kulit Pupa

Imej
Amok-Imago.  Kuala Lumpur: Nusa Centre, 2022.   "Penerokaan gaya baharu yang mengapungkan realiti di ruang 'di antara ada dengan tiada.'" Laporan Panel Penilai Anugerah Sastera Negeri Pulau Pinang 2023 Kategori A (Cerpen) "Sangat Deleuzian." Dr. Norman Yusoff, dalam acara "Amok-Imago: (Diskusi) + Dialog-dialog Diam"  di Galeri RumahLukis "Saya tak faham tapi saya suka dengan bahasanya." S. M. Zakir,  dalam acara "Amok-Imago: (Diskusi) + Dialog-dialog Diam"  di Galeri RumahLukis "Rasanya Azrin Fauzi dah berada setakah lebih tinggi daripada mana-mana cerpenis Malaysia dengan naskhah ini." Lokman Hakim, via Shopee "Bertemu dengan serpihan diri Azrin." Sheera Ghafar, via Goodreads "Semacam adakah aku baca karya fiksyen? Bukan fiksyen? Hibrid?" Hadi Muss, via Goodreads "... antara sedar dan tak sedar." Ana, via Instagram "Eksperimental dan meditatif." Hadi M. Nor, via Goodreads "...

Cakap-cakap Yang Kutangkap

Imej
Metamorphosis of Narcissus (1937), oleh Salvador Dalí. SETAHUN sesudah Metaskandal : Semacam suatu tindak narsisistik untuk menurunkan kata-kata pembaca yang sempat ditangkap dalam jaringan sesawang maya maha luas. Kerana seperti Narcissus, kadangkala bayang lebih bermakna daripada gema suara Echo nol-makna. Dan kerana bayang, kelak kematian menumbuhkan bunga. Atau benarkah? *** " Metaskandal segar, mudah dibaca." via Kosmo! , 24 Januari 2018 "Aku tahu aku akan lawat-baca cerpen-cerpen di OUTRO paling kurang seribu kali." Arif Zulkifli, via Goodreads "Thankfully a young writer who has his own voice and not just a clone of Ridhwan Saidi." Hadi M. Nor, via Twitter "Saya melihat Albert Camus baharu. Cuma dalam stok cerita yang lebih simbolik. Dengan 17 bahagian cerita yang dipecahkan melalui segmen Outro, Solo dan Kaos, ia menyemarakkan lagi kegilaan serta nilai establish dalam dunia realiti." Zainal Rashid Ahmad,...

Tulisan di Atas Tilam

Imej
Chantal Akerman dalam Je Tu Il Elle (1974). Cerpen "Brutaniskala" dalam  Mingguan Malaysia  7 Oktober 2018. Cerita: Tentang seorang sarjana senibina yang terperangkap di dalam binaan Brutalis rekaan seorang arkitek buta (kebutaan arkitek ini barangkali bertitik-tolak daripada kata-kata Juhani Pallasmaa, yang menegaskan bahawa senibina bukan okularsentrik - seni yang tidak bergantung pada deria mata semata-mata.) Dan walaupun hanya ada dua watak yang terperangkap di dalam ruang ini, mereka tidak berinteraksi. Masing-masing hanya berinteraksi - atau berdialog - dengan ruang/senibina yang memerangkap mereka; " Betapa binaan tidak pernah berganjak daripada berhubungan dengan tubuh; senibina dan tubuh harus terus berdialog. " Imej dan lain-lain: Ditulis dengan semangat foto-foto hitam-putih yang berkersik dan suram, persis permukaan binaan konkrit Brutalis yang kasar dan selekeh. Tetapi kekasaran dan keselekehan itulah keindahan yang saya cari. Keran...

Eva, Keretapi dan Sebagainya

Imej
Cerpen "Eva, dan Sehiris Malam yang Melukakan" yang terbit dalam Dewan Sastera Bil. 4 2018. DALAM ruangan Kritikan Cerpen Dewan Sastera Bil. 5 2018, "Tentang Kehidupan, Kepercayaan dan Kebenaran" Hafizah Iszahanid ada menyatakan: " Meskipun tidak mengangkat kehidupan atau kepercayaan seorang wartawan, tetapi Azrin melalui naskhah ini merakamkan ketidaktentuan emosi watak yang ditampilkan sebagai seorang pengarang. Jika Azriq menjelaskan perjalanan dengan kereta api pada satu fragmen sahaja*, Azrin pula memilih kereta api sebagai latar tempat dalam keseluruhan karyanya. Secara jelas, cerpen ini tentang perjalanan atau simbol seluruh perjalanan hidup. Cerpen ini terpecah dua, antara watak Aku, seorang pengarang yang mencari Eva dan catatan-catatan yang berakhir dengan nama Eva. Aku ialah pengarang yang tidak tahu bagaimana ingin mempersembahkan karyanya. Simbol muka taip amat menarik untuk diperhatikan selain perkaitan dengan karya penulis klasik Jep...

Merenung ke Luar Bingkai Cereka

Imej
Esei "Marlina, Dalam Renungan Ke Luar Babak". MARLINA Si Pembunuh dalam Empat Babak sebetulnya bukanlah filem yang sempurna. Barangkali bukan juga antara filem terbaik yang saya tonton pada tahun ini. Tetapi saya menyukainya. Kerana jarang sekali dapat saya nikmati filem di pawagam belakangan ini di mana imej-imej bekerja memaknai mediumnya - sinema. Ya, ketidaksempurnaannya terpapar pada cacat cela naratif, e.g. watak Franz yang tiada faktor penolak yang membebankannya untuk menguruskan mayat Markus, dan adegan-adegan Marlina berpatah balik ke rumahnya semula.  Itu, kita boleh sapu ke bawah karpet buat masa ini kerana siapa yang kata filem mesti bercerita? Saya sendiri pun kurang gemar dengan tulisan-tulisan berkenaan filem yang disempitkan pada struktur naratif semata-mata. Kerana yang sedang mereka alami itu sinema, bukannya novel atau apa-apa. Adakah mereka terlepas pandang untuk melihat struktur sinematiknya? Atau dalam kegelapan dan kedinginan panggung i...

Yang Mengintai Bayang

Imej
YANG-YANG: Ayah, aku tak boleh lihat apa yang kaulihat dan kau tak boleh lihat apa yang kulihat. Macam mana aku tau apa yang kaulihat? NJ: Soalan yang bagus. Ayah pun tak terfikir begitu. Mungkin sebab itulah kita perlukan kamera. Kau nak main dengannya? YANG-YANG: Ayah, bolehkah kita hanya tahu separuh saja daripada kebenaran? NJ: Apa? Ayah tak paham? YANG-YANG: Aku hanya boleh lihat apa yang di depan tapi bukan apa yang di belakang. Jadi, aku hanya boleh tahu separuh saja daripada kebenaran, kan? CATATAN: Dalam Yi Yi (2000), Edward Yang kembali menjadi kanak-kanak yang mengintai bayang-bayang dewasa.

Filem Lenyap Ditelan Rimba

Imej
The Blank Signature (1965), oleh René Magritte. AKU beritahu mereka yang aku sudah ter tonton Dukun di Facebook. Dan aku menyukai filem sulung Dain Said ini (walaupun benar filem ini tidaklah sebaik Bunohan ). Ia masih berlegar-legar di sekitar bayang-bayang mistikal Nusantara. Johan Radzi kata Dain Said memang suka betul bermain dengan hal-hal mistikal Melayu ini; main puteri dalam Bunohan,  ritual puak Tinggang dalam Interchange (dan ilmu hitam dalam Dukun ). Aku menyetujuinya. Ia sesuatu yang dekat dengan kita tetapi terlalu jauh dari pemahaman (berapa ramai yang mahu memahaminya? Atau berani untuk mendepaninya?). *** Sehinggalah Ali Aiman beritahu ada sebuah filem lama era studio tentang Borneo. Johan juga pernah terdengar akan kewujudannya. Tetapi mereka tidak mengingati judulnya. *** Malam semalam, sewaktu membelek Memoir Hamzah Hussin untuk rujukan artikel filem yang sedang ditulis, aku fikir aku telah menemui filem yang dimaksudkan oleh Ali d...

Apa-Apa Tentang Metaskandal

Imej
(Bebelan yang dikutip daripada akaun Twitter  @RealRomanBuku sewaktu saya menjadi kurator tempohari.) Interior with Young Man Reading (1898), oleh Vilhelm Hammershøi. 1. Ramai yang tidak tahu judul asal Metaskandal ialah "Outro Kaos". Bila Sufian Abas bagitau judulnya akan diubah kepada "Metaskandal" (diambil daripada salah satu judul cerpen dalamnya), saya OK saja. 2. Dalam erti kata lain, mungkin ia boleh jadi cara untuk kita jalinkan hubungan sulit dengan fiksyen. Atau mungkin tidak. 3. Melalui Metaskandal , saya mahu teroka ruang dan bunyi dalam fiksyen. 4. Bunyi: seperti dalam cerpen "Rfingk! Rfingk! Rfingk!", saya mahukan onomatopoeia (yang selalunya menjadi 'aksesori' dalam fiksyen) kali ini all-out dan gerakkan cerita sekali gus. 5. Ruang: ada ruang dalaman, ruang luaran, ruang peribadi, ruang awam. Ada juga ruang-ruang lain yang abstrak. Ada juga heterotopia . 6. Seperti cerpen "Kalau Bukan Fuko, Sia...

Sebelum Outro, Sebelum Kaos

Imej
Kid A (2000), Radio K.A.O.S. (1987), The Rise and Fall of Ziggy Stardust and the  Spiders from Mars (1972) dan In the Court of the Crimson King (1969). 1 SEINGAT saya, pada tahun lalu, saya, Ridhwan Saidi dan Anas Mohd. pernah berbual tentang bagaimana sesebuah kumpulan cerpen itu sebaiknya dihasilkan mirip album konsep oleh kugiran-kugiran di luar sana. Saya tidak pasti apa yang mencetuskan perbualan ini tetapi mungkin ia muncul kerana saya dan Anas - dan lain-lain - kebetulan baru sahaja selesai mengikuti bengkel penulisan cerpen Zainal Rashid Ahmad di Wisma Central. Dan kebetulan pula terserempak dengan Ridhwan pascakelas lalu terus bersepakat - dengan teman-teman sebengkel yang lain - ke Chat Masala di Brickfields. Atau mungkin juga pada waktu itu kami sedang rancak berbual tentang arwah Bowie, dan persona-personanya dan album Kid A (yang paling digemari oleh Ridhwan waktu itu). Saya beritahunya, saya sedang layan  In Rainbows , dan menggemarinya waktu i...

Surat Cinta Buat Sinema

Imej
( dalam n perenggan per saat ) [1] "SINEMATA" barangkali cerpen kedua saya tentang filem. Cerpen pertama yang saya tulis berkait dengan filem sebenarnya ialah "Sonia" (yang termuat dalam manuskrip kumpulan cerpen kedua saya, dan dalam proses penerbitan). "Sonia" ialah kecintaan saya bukan sahaja kepada sinema, malah kepada penulisan itu sendiri. Sonia merupakan percik imaginasi daripada puisi "Sonia" oleh T. Alias Taib. Tetapi itu cerita lain. [2] "Fotografi adalah kebenaran. Dan sinema adalah kebenaran 24 kali per saat," kata Michel Subor seraya galak menggambari Anna Karina dalam Le Petit Soldat (1960). Dan kita nampak potensi dan puitis suatu medium yang tidak sempat dinikmati oleh mereka-mereka yang hidup sebelum 1890-an; suatu cabang seni yang masih baru bernafas jika dibandingkan dengan seni-seni yang lain. [3] Kebetulan saya baru sahaja selesai baca novel The Book of Illusions oleh Paul Auster dan Jukstaposisi ...