Catatan

Liuk Tubuh Dalam Dua Layar

Imej
  Futej daripada Kucumbu Tubuh Indahku (2018). Kucumbu Tubuh Indahku (2018) bikinan Garin Nugroho Perjalanan mencari maskuliniti dengan seni (tari dan sinema, sekali gus buat kita) kerana Juno sejak kecil (Raditya Evandra) lagi sudah dihilangkan figura bapanya dek pembantaian 1965; dalam tidak sedar, coming-of-age ini dalam meruntuh dan membina semula apa yang dikatakan jantan (seperti yang disedarkan oleh guru tari Lengger di kampungnya tentang nama yang diambil daripada Arjuno dalam Mahabharata itu pun melambangkan kejantanan, menjadi semacam beban yang harus dibawa), meliuk-lenturkan gender dari kisah yang diadaptasi daripada hidup sebenar penari Lengger, Rianto. Kerana gender yang tidak duduk diam ini, juga kompas seksualiti yang tercari-cari arahnya, hidup Juno tidak tetap, beralih-alih dari satu kampung ke kampung yang lain. Dan peralihan ini dikembangkan dengan transformasi anak kecil ini mengenali layanan orang-orang di sekelilingnya, mengenali layanannya terhadap tubuhn...

(Tubuh): Manual Yang Tumbuh Dalam Kurungan

Imej
( Setelah tiga puluh hari kita menumpaskan wabak di luar sana dari dalam rumah sendiri. ) Cemetery of Splendour (2015) bikinan Apichatpong Weerasethakul. JIKA ada apa-apa yang boleh saya pegang dari waktu menuntut di sekolah perubatan dahulu (tidak selesai) tidak lain hanyalah ingatan kepada kelas anatomi. Kelas yang paling saya gemari. Kelas di mana setiap kumpulan berempat (betapa akrabnya angka ini dengan kematian) diberi sekujur tubuh untuk diteliti sehabis-habisnya dari kulit ke tulang - sehingga lunyai. Kelas di mana kami yang berjiwa curiga berjam-jam mahu terus berdamping tanpa jemu - dan tanpa takut - dengan dia . Di mana kami mengenal tubuh orang lain melebihi tubuh sendiri. Suatu kontradiksi sepertimana saat ini kita riuh melawan wabak yang senyap di luar sana dari dalam kediaman sendiri. Seolah saya memilih untuk bertindak dengan tidak melakukan apa-apa. Tetapi benarkah saya tidak buat apa-apa? Untuk seorang yang sepanjang waktu di tapak pembinaan, mempersiap tubu...

Homo digitalia

Imej
BOLEHKAH karya seni bernafas di luar galeri: ya dan tidak. Saya baru sahaja pulang dari sebuah pameran di Rumah AQL . Terus terang saya katakan, saya tidak berasa apa-apa. Menjadi perjalanan kosong di sekitar sarat imej seni. Yang sepatutnya - saya lebih rela - mengikuti perjalanan padat kalaupun berlegar di ruang kosong. Saya teringat akan narator dalam The Illogic of Kassel tulisan Enrique Vila-Matas, di mana sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam sebuah ruang kosong yang sepatutnya mempamer kerja-kerja seni: "Faced with such emptying out I couldn't help but remember the Sunday morning a few years back now when they open the newly built museum of contemporary art in Barcelona (the MACBA) to the public with evident haste; they threw it open  to the citizens, but without pictures, not a single painting or sculpture, nothing inside it. The people of Barcelona wandered through the museum admiring the white walls, the solidity of the construction, and other architectural de...

Harum Vakum

Imej
Cerpen "00000000000" yang membuatku tidak tentu arah mencari sesuatu yang tidak ada. "DI manakah O.? ... Di manakah O.?" soal Pak Agus R. Sarjono berulang kali dengan membulatkan matanya. Rokok yang terjepit di jarinya berhenti menyala - barangkali menanti jawapan juga. "Saya juga tak tahu, pak. Sebetulnya O. tidak harus, tidak boleh ditemukan." Esei " Bertemu O.: Mencipta Ketiadaan " dihasilkan di pertengahan Program Penulisan Mastera: Esai di Bandung, Indonesia tempohari. Entah kenapa saya, Ainunl Muaiyanah, dan Za'im Yusoff ingin benar mengerjakan esei baharu. Kami seakan-akan semakin renggang dengan esei masing-masing yang telah dibincangkan - dan digojlok - sepanjang bengkel. Barangkali esei-esei "lama" yang dihantar dan dipersembahkan ini sudah tidak "ngam". Ada idea-idea baharu yang memercik dalam kepala untuk dinyalakan atas kertas. Tatkala dingin malam bergaul dengan hangat secawan jahe, terngi...

Cakap-cakap Yang Kutangkap

Imej
Metamorphosis of Narcissus (1937), oleh Salvador Dalí. SETAHUN sesudah Metaskandal : Semacam suatu tindak narsisistik untuk menurunkan kata-kata pembaca yang sempat ditangkap dalam jaringan sesawang maya maha luas. Kerana seperti Narcissus, kadangkala bayang lebih bermakna daripada gema suara Echo nol-makna. Dan kerana bayang, kelak kematian menumbuhkan bunga. Atau benarkah? *** " Metaskandal segar, mudah dibaca." via Kosmo! , 24 Januari 2018 "Aku tahu aku akan lawat-baca cerpen-cerpen di OUTRO paling kurang seribu kali." Arif Zulkifli, via Goodreads "Thankfully a young writer who has his own voice and not just a clone of Ridhwan Saidi." Hadi M. Nor, via Twitter "Saya melihat Albert Camus baharu. Cuma dalam stok cerita yang lebih simbolik. Dengan 17 bahagian cerita yang dipecahkan melalui segmen Outro, Solo dan Kaos, ia menyemarakkan lagi kegilaan serta nilai establish dalam dunia realiti." Zainal Rashid Ahmad,...

13 Novela 2018

Imej
KERANA kita sudah pun jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerpen, apa yang dikatakan sebuah novel; bagaimana pula dengan novela? Adakah urat cerpen yang diregang sehabis-habisnya sehingga sering sahaja berdenyut seperti sebuah novel? Daripada seleksi beragam ini - daripada yang paling pulp sehingga yang paling serius, paling falsafi; yang paling Latin Amerikana sehingga yang paling Nusantara, paling Malaysiana; yang paling konvensional sehingga yang paling eksperimental; dulu-dulu sehingga kontemporari - antara yang terkesan, yang di(ulang)baca pada tahun ini: The Stranger , oleh Albert Camus Untuk tahun kedua aku mengulang bacanya: " Ibuku mati hari ini. " Siapa yang tidak terpikat untuk meneruskan pembacaan? Meursault terasing di tanah Algier (dia orang Perancis); terasing dengan emosi (dia tidak menangis atau berasa sedih pada hari kematian dan pengebumian ibunya); terasing dengan agama (dia tidak mempercayai tuhan); dan kerana terasing dengan norma o...

Krasznahorkai, dan Tulisan yang Bertari dengan Syaitan

Imej
Kepulangan Irimiás ke kampungnya dalam  Satantango (1994). MALAH tiada sesiapa pun yang sanggup untuk kembali ke desa terpencil di ceruk Hungary ini – melainkan pembaca sendiri dan Irimiás, lelaki yang membawa sekali maut yang terpalit pekat pada tubuhnya masuk ke kampung yang sudah sedia mati. Atau mungkin saya tersilap kerana satu-satunya yang  hidup  di kampung ini ialah kematian itu sendiri. Kematian dan sastera bukanlah pasangan yang asing. Tubuh teks sering sahaja dilihat tegap apabila berdenyut dengan kematian, kadangkala hadir dengan wajah malapetaka – tulisan-tulisan László Krasznahorkai tidak terkecuali di mana malapetaka sentiasa menunggu pembaca di balik halamannya. Cuma sebelum menemuinya dalam novel  Satantango , kita dipelawa untuk menari dahulu dengan syaitan-syaitan yang menghuni perkampungan estet ini. Barangkali membuka langkah pertama dengan Futaki: “ Suatu pagi di hujung Oktober tidak berapa lama sebelum rintik pertama hujan musim ...