Catatan

Suara Dari Dalam Tanah?

Imej
Cerpen "Ceritanah". ANGGAP sahajalah cerpen ini ialah cara untuk saya lari dari kota. Ini ialah cerpen paling kampung yang mampu saya tulis. Tetapi benarkah - dengan cerpen ini - saya lari seketika meninggalkan kota? Kerana kota mahupun desa, saya sentiasa rasa yang sebenarnya saya hanya meninggalkan cahaya. Benarlah kata Wan Nor Azriq, cerpen saya mana yang tidak gelap? Di dalam gelap, entah-entah saya tidak berlari ke mana-mana. The Grandmother (1970) Kemaskini: Cerpen "Ceritanah" baru sahaja memenangi hadiah utama kategori cerpen Hadiah Sastera Selangor 2017. CATATAN: Setiap kali ditunjukkan cerpen-cerpen saya kepada nenek, dia akan bersenda, "Tulislah cerita orang-orang kampung pula."

Surat Cinta Buat Sinema

Imej
( dalam n perenggan per saat ) [1] "SINEMATA" barangkali cerpen kedua saya tentang filem. Cerpen pertama yang saya tulis berkait dengan filem sebenarnya ialah "Sonia" (yang termuat dalam manuskrip kumpulan cerpen kedua saya, dan dalam proses penerbitan). "Sonia" ialah kecintaan saya bukan sahaja kepada sinema, malah kepada penulisan itu sendiri. Sonia merupakan percik imaginasi daripada puisi "Sonia" oleh T. Alias Taib. Tetapi itu cerita lain. [2] "Fotografi adalah kebenaran. Dan sinema adalah kebenaran 24 kali per saat," kata Michel Subor seraya galak menggambari Anna Karina dalam Le Petit Soldat (1960). Dan kita nampak potensi dan puitis suatu medium yang tidak sempat dinikmati oleh mereka-mereka yang hidup sebelum 1890-an; suatu cabang seni yang masih baru bernafas jika dibandingkan dengan seni-seni yang lain. [3] Kebetulan saya baru sahaja selesai baca novel The Book of Illusions oleh Paul Auster dan Jukstaposisi ...

Bartleby: Untuk Apa Kau Menulis?

Imej
La Notte (1961) BARTLEBY & CO. akan buat kita bertanya kembali: Apa itu novel? Ia datang dari tradisi, iaitu watak Bartleby dalam cerpen Herman Melville, "Bartleby, the Scrivener" yang tidak pernah lekang di bibirnya dengan ungkapan " I would prefer not to " untuk setiap kerja yang tidak boleh dan tidak mahu diselesaikannya. Dan dari tradisi ini, Enrique Vila-Matas terus berjalan sejauh mungkin meninggalkannya. Tetapi ke mana Vila-Matas berjalan? Kita tidak akan tahu dan tidak pernah tahu. Kerana kita masih samar-samar di bawah kelam bayang Bartleby. Novel ini dibina daripada nota-nota kaki yang dicatat oleh si narator gagalis. Setelah berpuluh tahun tidak menulis, entah kenapa dia ingin menulis tentang penulis-penulis yang berhenti menulis - "Writers of the No". Dan terus terang, saya sendiri pun kagum dengan penulis-penulis yang diperkenalkan oleh si narator. Kagum dengan sebab-sebab (atau alasan?) mereka memilih untuk berhenti menul...

Watak-Watak Diam

Imej
MICHELANGELO Antonioni seolah sengaja mengasingkan watak-wataknya dalam La Notte  (1961). Mereka yang terasing, jika tidak dihimpit ke pinggir bingkai, akan 'ditekan' oleh binaan-binaan moden di sekitar kota Milan. Di mata Antonioni, seolah-olah binaan ini mendapat nyawa; menjadi entiti baru yang hidup dan menghuni kota Milan, menjadi watak-watak baru yang diam dalam filemnya. Dengan Lidia. Dengan Lidia. Dengan Lidia. Dengan Lidia. Dengan Giovanni Pontano. CATATAN: La Notte adalah antara filem yang mengikat dua lagi filemnya, L'Avventura (1960) dan L'Eclisse (1962) dalam trilogi "asing". Ia bukan semata-mata mempelawa kita mengintai mereka-mereka yang terasing, malah cuba mencuit kepercayaan kita kepada apa yang dipanggil "cinta". Dalam trilogi "asing" ini, cinta seakan enggan mekar. Tetapi benarkah?

Jeanne Dielman Membunuh Rutin

Imej
NAMA Chantal Akerman terpacul sewaktu saya dan Ridhwan Saidi berbual (lebih kepada ketidakpuasan ) tentang filem Hanyut (2012, tetapi ditayangkan pada 2016). Dan kerana saya sangat gemar akan La Folie Almayer (2011) bikinan Akerman, saya lanjutkan penerokaan filemografi pembikin filem dari Belgium ini dengan menonton Jeanne Dielman, 23, Quai du Commerce, 1080 Bruxelles (1975). Saya sentiasa percaya  slow cinema  tidak akan membawa kita  ke  dalam filem, melainkan lebih kepada buat kita berada  di  dalam filem. Sedari awal lagi kita sudah pun bersama dengan protagonis, Jeanne Dielman (Delphine Seyrig) di dalam apartmennya. Kerana durasinya yang begitu panjang (3 jam 21 minit) dan diregangkan dengan tangkapan lama ( long take ), kita bukan sahaja sudah jelas dengan rutin Jeanne Dielman, malah sudah kenal dengan ruang-ruang di dalam apartmennya: bangun pagi, dia akan menggilap kasut anak lelakinya, Sylvain di dapur sebelum menjerang air dan bancuh k...

10 Catatan Pendek Sesudah Filem Yang Panjang

Imej
MUNGKIN Lav Diaz mahu membekukan kesementaraan. Mula sa Kung Ano ang Noon (atau From What Is Before ) bolehlah dikatakan filem pertama dari Filipina yang saya tonton. Dan boleh juga dikatakan filem slow cinema kedua yang saya hadap (sesudah Once Upon a Time in Anatolia ; From What Is Before jauh lebih ekstrim dengan durasi 5 jam 38 minit). 1. Filem berputar di sekitar sebuah kampung di Mindanao sewaktu Filipina bawah diktator Marcos pada awal 1970-an. 2. 4 jam pertama sahaja kita hanya dibawa melihat ke sekitar kampung dan orang-orangnya. Sarat dengan long takes . Long take yang masih melekat dalam kepala saya: imej bukit bersemak yang landai, dari jauh, seorang perempuan penjual kuih perlahan-lahan muncul dari atas puncak menuruni bukit, kita menunggu, perlahan-lahan juga dia berjalan mendekati kita yang berada di bawah. 3. Mungkin niat Lav Diaz mahu tonjol betapa perlahannya progres di kawasan luar bandar pada era Marcos. Dan seolah-olah kampung ini tidak terkesan lang...

Anjing Andalusia

Imej
( dalam format .doc ) [“ Pada suatu masa… ”] [awan hiris bulan, persis pisau (lelaki) hiris mata (perempuan)] [“ Lapan tahun kemudian. ”] [lelaki silang-pakai, atas basikal] [kotak berbelang, sangkut pada leher] [perempuan membaca] [ The Lacemaker , Vermeer] [lelaki jatuh basikal] [perempuan buka kotak berbelang, keluar tali leher] [susun pakai elok-elok atas katil] [lelaki renung tangan, dari lubang keluar semut] [bulu ketiak perempuan, persis landak laut] [dengan tongkat, perempuan jolok tangan atas jalan] [orang ramai keliling, intai dari atas: ada lelaki-perempuan] [polis tenang keadaan, ambil tangan atas jalan,      masukkan dalam kotak berbelang, serah kepada perempuan] [dari arah lelaki-perempuan (atau pandang mata tuhan?):       bersurai, kereta rempuh perempuan] [apartmen: lelaki liar raba buah dada] [lelaki kejar perempuan] [perempuan capai raket: perlidungan] [lelaki tarik tali, tarik dua ...