Catatan

Bara/Mawar Layu di Kota Tokyo

Imej
Di balik topeng, wajah menderita sepi. -Toshio Matsumoto,  Bara no Sōretsu (1969) ( Kredit ) CATATAN: Bila ditanya apa filem Japanese New Wave kegemaran, tanpa ragu-ragu akan petik Bara no Sōretsu/ Funeral Parade of Roses  selain Death by Hanging (1968) dan The Face of Another (1966).

Gerabak yang Menerobos Waktu

Imej
Stesen Potsdamer Platz, Berlin (2013) AKU singgah ke Kritikus Sastera tempoh hari dan sebuah entri telah mencuri perhatian aku. Wan Nor Azriq ada menyebut dalam blognya  itu bahawa manusia-manusia yang menaiki keretapi adalah mereka yang memilih untuk melengahkan waktu. Semasa kecil dahulu, sering juga aku sekeluarga pulang ke kampung (di Pulau Pinang) dengan menaiki keretapi. Ya, perjalanan lapan ke sembilan jam dari Kuala Lumpur ke Butterworth adalah suatu perjalanan yang melengah-lengahkan, dan adakalanya melelahkan. Tetapi hal ini tidaklah terlalu dirasai oleh budak naif yang akan sentiasa teruja dengan pemandangan-pemandangan yang bergerak pada tingkap keretapi dan snek-snek enak daripada penjual yang berulang kali lalu di sepanjang koridor di dalam gerabak. Itu kisah dari dalam keretapi. Tetapi bagaimana pula dengan tren-tren di dalam bandar, seakan urat-urat saraf yang menyelirati jasad Lembah Klang ini? Masihkah kita mampu untuk melengahkan waktu? Mungkin...

Pengenalan Puisi

Imej
Cameo T. Alias Taib, Usman Awang, Salleh Ben Joned, Latiff Mohidin  dan lain-lain dalam Mat Som . Pengenalan Puisi Oleh Billy Collins Kusuruh mereka mengambil puisi dan halakannya ke cahaya seperti slaid warna atau merapatkan telinga ke sarangnya. Kuberkata lepaskan seekor tikus ke dalam puisi dan lihat macam mana ia berkira-kira untuk keluar, atau melangkah di dalam bilik puisi dan meraba dinding-dindingnya demi suis lampu. Kumahu mereka luncur menyeberang di permukaan puisi melambai kepada nama penyair di pantai. Tapi apa yang mahu mereka lakukan adalah mengikat puisi pada kerusi dengan tali dan mendesak daripadanya sebuah pengakuan. Mereka mula memukulnya dengan belantan untuk mencari apa yang mahu ia sampaikan. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Dekatilah puisi dengan kasih dan sayang. Selamat Hari Puisi Sedunia!

Kebangkitan

Imej
Kebangkitan Oleh  Roberto Bolaño Puisi menggelincir ke dalam mimpi seperti seorang penyelam di dalam tasik. Puisi, lebih berani daripada yang lain, tergelincir dan tenggelam ibarat  besi melalui tasik tak berpenghujung  seperti Loch Ness atau tragis dan keruh seperti Tasik Balaton. Ambil kiranya dari bawah: seorang penyelam tak bersalah dilitup helai-helai hasrat. Puisi menggelincir ke dalam mimpi seperti seorang penyelam yang sudah mati di mata Tuhan. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Jika puisi telah menggelincir ke dalam mimpi, selamatkah kita jika tergelincir ke dalam puisi?

Jurnal: Entri 29/12/2015

Imej
"Mendengar muzik, anda tidak berenang bersama arus. Arus itu adalah diri anda." AKU baru sahaja selesai membaca sebuah novel slash jurnal. Wan Nor Azriq telah memberikan diari Encik H kepada kita melalui D.U.B.L.I.N. ; memberikan dompet yang sarat dengan segala resit, catatan, tiket parkir, etc. melalui Dompet Kulit Buaya ; dan kali ini memberikan pula jurnal seorang pemuda (Azriq?) dari Alor Setar. Jika Yeats telah membuat Shakespeare tersedak di dalam kuburnya dengan sajak 'Leda and the Swan', aku tidak tahulah apa yang orang tua berdahi luas itu akan rasa tentang Soneta Roda Basikal . Bentuk 14 baris soneta kini telah menjadi 14 tahun yang padat dan jauh. Menjauh menuju Proust. Tetapi tidaklah seletih berjalan di dalam D.U.B.L.I.N. Kerana Wan Nor Azriq telah memberikan basikal untuk kita kayuh menemui watak-wataknya di Kuala Lumpur, di Alor Setar, di dalam mimpi Poe Mahadi. Mimpi Poe Mahadi. Aku lebih tertarik dengan mimpi-mimpinya berbanding ca...

Sajak-Sajak Ridhwan Saidi

Imej
ENTAH kenapa aku merasakan tahun ini adalah tahun aku kembali rajin mendampingi puisi. Kali terakhir aku menyelaknya -dengan penuh teruja- kira-kira dua tahun (atau tiga tahun?) yang lalu: The Romantic Dogs oleh  Bolaño. Kemudian hubungan aku dengan puisi terus dingin sehinggalah aku berlaga bahu dengannya kembali semasa menyelak akhbar Selangor Kini, sehinggalah aku dengan tidak semena-mena rakus menggali buku-buku T. Alias Taib, sehinggalah Ridhwan Saidi tiba-tiba datang dengan beberapa zine puisi pada tahun ini. Hal ini buat aku lebih intrig. Sajak-sajak Ridhwan Saidi adalah sajak-sajak phun  penuh energi yang akan buat kau galak menyelaknya lagi dan lagi bila kau dah tak bernafsu dengan sajak-sajak lesu yang lain.  Berikut antara sajak-sajak Ridhwan Saidi yang paling aku suka (daripada zine sajak.zip , spektrum dan kosmik domestik ); teroris teroris datang lagi sita imaginasi dan cakera fikirmu buku-buku dibakar idea-idea dibasmi mimpi-m...

10 Filem

Imej
KERANA menonton filem adalah membaca visual. Dan aku mahu berkongsi 10 filem kegemaran peribadi yang akan aku ulang tonton lagi dan lagi. Imej-imej daripadanya yang sehingga kini masih melekat kuat dalam kepala (dan adakalanya bercampur dengan percikan idea, lalu secara senyap-senyap menyelinap ke celah-celah tulisan). Pulp Fiction (1994) Mereka yang mengenali aku akan tahu betapa aku gilakan filem-filem Tarantino. Kill Bill adalah filem pertamanya yang aku tonton, dan visualnya telah memaksa aku untuk menggali filem-filemnya yang lain, sampailah aku jumpa Pulp Fiction . Dalam Pulp Fiction , Tarantino telah menyimpul naratif-naratif klise menjadi antiklise. Kisah gangster, kisah rompakan di kedai makan, kisah peninju yang dibayar -semuanya berselirat di sekitar dialog-dialog humor, muzik yang bagus (oh ya, aku suka SEMUA filem Tarantino juga kerana soundtrack -nya) dan peristiwa-peristiwa random yang kau takkan jumpa dalam filem-filem lain. Rashomon (1950) Aku su...