Catatan

URBAN

Imej
SYUKUR, kumpulan cerpen pertama saya, URBAN selamat dilancarkan tempoh hari di Kedai Fixi. URBAN  di Kedai Fixi.  Kredit Ucapan pelancaran oleh penulis dan soal jawab bersama Amir Muhammad.  Kredit Sesi otograp.  Kredit URBAN (2015) Ini ialah intro daripada saya yang dimuatkan dalam buku ini: URBAN –kadang kala ia bikin nafas kita semakin kencang. Dan ada kalanya kita hanya ‘go with the flow’ dengan sekeliling yang mencengkam. Saya fikir, naskhah ini berdiri di antara kedua-duanya. Tetapi saya juga terfikir, selain berdiri, mungkin ia juga akan bebas berlari ke mana sahaja yang ia suka. Atau mungkin tidak. Kesemua 16 cerpen dalam naskhah ini diinspirasi oleh 16 bandar di Malaysia yang mungkin telah/sedang/belum/akan dilawati oleh kita semua. Seperti warga urban yang pelbagai –atau ‘rojak’– cerita-cerita dalam kumpulan cerpen ini juga diadun sebegitu. Dan kepelbagaian ini diharap dapat memercikkan lagi (walaupun sedikit) semangat...

Selongkar Shahnon: Semaun-Kasa vs. Senik

Imej
Rentong  (1965) “SEMAUN terpaksa membantah. Chadangan Pa’ Senik chadangan orang yang inginkan kekayaan yang chepat melalui jalan churang. Sial tujoh turunan kalau di-terima. Semaun tetap tidak terima walau sa-kerat beras sa-kali pun. Dia ta’ sanggup menjijak adat turun temurun itu. Menjijak adat to’ nenek sama-lah erti-nya dengan menjijak kepala orang tua di-rumah. Menjijak kepala orang tua bererti menchemarkan kubor dan roh nenek moyang. Dan orang yang berani sanggup menchemarkan adat istiadat nenek moyang akan di-apit tulang rusok dan tulang dada-nya oleh liang lahad bila masok kubor. Semaun ta’ sanggup menanggong seksaan kubor. Dia juga ta’ sanggup membebankan segala akibat-nya ka-atas kepala isi rumah-nya. Dia tidak ingin tulang rusok dan tulang dada keluarga-nya di-apit2 oleh tanah merah. Dia ingin hidup tenteram. Dia ingin mati tenteram.” “Ta’ beri tanah itu berehat barang sadikit pun. Habis tanam, tanam lagi. Habis tanam, tanam lagi. Mana boleh tahan. Kita manusi...

Yang Sudah Mati

Imej
( Sumber ) Yang Sudah Mati Oleh Billy Collins Yang sudah mati sering melihat ke bawah ke arah kita, kata merekalah. Sedang kita menyarung kasut atau membuat sandwic, mereka melihat ke bawah melalui kaca pada dasar perahu syurga sambil mereka dayung perlahan-lahan merentas keabadian. Mereka melihat kepala kita di bawah yang bergerak-gerak di atas bumi, dan apabila kita berbaring di padang atau di kerusi panjang, dimamaikan mungkin dengan bunyian tengah hari yang berpanjangan, mereka fikir kita sedang melihat kembali ke arah mereka, membuatkan mereka angkat pendayung-pendayungnya dan terus membisu serta menunggu, ibarat ibu bapa, supaya kita memejamkan mata. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur.

Kini dan Lampau

Imej
( Sumber ) Kini dan Lampau Oleh Billy Collins Penyair dinasti Tsong ini berduka lara bayu pun mengeluh seekor angsa pula melepasi kepala dan dia keseorangan di atas air di dalam perahu kecil. Andai dia menghargai kehidupan China pada abad kesebelas seperti yang aku hargai tiada dentum kartun di tivi tiada muzik dari trak ais krim hanya panggilan beburung dan aliran seragam jam air. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Dalam puisi ini, aku tidak pasti sama ada dia menghantar kita ke ruang/masa lampau, atau menghadirkan ruang/masa lampau itu di hadapan kita. Tetapi yang penting, dia telah menyedarkan kita untuk bersyukur - yang kita masih punya ruang, dan masih punya masa.

Kelaparan

Imej
( Sumber ) Kelaparan Oleh Billy Collins Rubah yang dipikul di atas pundakmu dalam karung gelap telah membuat lubang dengan sebilah pisau dan terus lesap. Keringanan secara tiba-tiba itu buat kaufikir yang kau semakin kuat bertenaga sambil kaujalan pulang ke teratakmu yang kecil melalui rimba yang melitup dunia. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Entah mengapa, hari ini aku berasa lapar hendak menterjemah sesuatu.

'Malam' Di Tengah Malam: Jurnal Yang Tertangguh

Imej
BAGAIMANA ya, untuk saya mulakan jurnal ini? Tambahan lagi, jurnal ini merupakan sebuah tulisan yang tertangguh, sebenarnya. Adakah saya harus meminjam tubuh saya pada masa lampau? Atau hanya menyelongkar memori-memori berkaitan yang masih bersisa di ruang ingatan? Baiklah. Apa kata kita mulakan dahulu dengan 'apa itu Malam ?'. Malam   merupakan antologi cerpen (edisi terhad) kelima terbitan  Buku Fixi selepas Kopi, Bola, KLCC dan 40 . Hanya dicetak  3000 naskhah dan hanya dijual Big Bad Wolf Sale 2014. Kulit hadapan buku yang minimalis. Lapis pertama (berwarna hitam) yang berlubang menampakkan lapis kedua (berwarna kuning) yang di dalam - memberikan gambaran bulan penuh. Kerana apalah malam tanpa bulan, kan? Lapis kedua  kulit hadapan. Kulit belakang  yang membariskan penulis-penulis Malam berserta dengan cerpen-cerpen garapan mereka. 3000 naskhah  segar dari ladang. Antologi cerpen  Malam  telah pun dil...

Merungkai Murakami III: Tsukuru Tazaki dan Odisi Mencari Kebenaran

Imej
Colorless Tsukuru Tazaki UNTUK beberapa kali, 'Le mal du pays’ (daripada suite pertama ‘ Years of Pilgrimage ’) dimainkan dari YouTube sepanjang pembacaan. Kononnya nak ambil feel , dan bak kata mat saleh, “ Well, it works, baby! ” “You can hide memories, but you can't erase the history that produced them.” Bagi aku, novel ini dimulakan dengan bab-bab awal yang sedikit lesu dan meleret-leret (sepertinya Murakami masih lagi dalam mengah mencuri-curi nafas sesudah penat mengerjakan magnum opus nya, 1Q84 ). Bab-bab awal juga -dengan tidak berapa kemas- melompat-lompat di antara waktu Tsukuru Tazaki yang berusia 36 tahun dengan dirinya yang berusia 20 tahun. Tidak mengapa, teruskan bacaan. Sehinggalah kita sampai pada kisah ayah Haida. Pada bahagian ini, kita mulai sedar (atau separa sedar mahupun di bawah sedar) yang penulis Jepun ini mula mempamerkan taringnya kembali. Lagu yang melatari novel ini, menghubungkan ingatan Tsukuru Tazaki dengan Shiro dan Haid...