Catatan

Yang Sudah Mati

Imej
( Sumber ) Yang Sudah Mati Oleh Billy Collins Yang sudah mati sering melihat ke bawah ke arah kita, kata merekalah. Sedang kita menyarung kasut atau membuat sandwic, mereka melihat ke bawah melalui kaca pada dasar perahu syurga sambil mereka dayung perlahan-lahan merentas keabadian. Mereka melihat kepala kita di bawah yang bergerak-gerak di atas bumi, dan apabila kita berbaring di padang atau di kerusi panjang, dimamaikan mungkin dengan bunyian tengah hari yang berpanjangan, mereka fikir kita sedang melihat kembali ke arah mereka, membuatkan mereka angkat pendayung-pendayungnya dan terus membisu serta menunggu, ibarat ibu bapa, supaya kita memejamkan mata. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur.

Kini dan Lampau

Imej
( Sumber ) Kini dan Lampau Oleh Billy Collins Penyair dinasti Tsong ini berduka lara bayu pun mengeluh seekor angsa pula melepasi kepala dan dia keseorangan di atas air di dalam perahu kecil. Andai dia menghargai kehidupan China pada abad kesebelas seperti yang aku hargai tiada dentum kartun di tivi tiada muzik dari trak ais krim hanya panggilan beburung dan aliran seragam jam air. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Dalam puisi ini, aku tidak pasti sama ada dia menghantar kita ke ruang/masa lampau, atau menghadirkan ruang/masa lampau itu di hadapan kita. Tetapi yang penting, dia telah menyedarkan kita untuk bersyukur - yang kita masih punya ruang, dan masih punya masa.

Kelaparan

Imej
( Sumber ) Kelaparan Oleh Billy Collins Rubah yang dipikul di atas pundakmu dalam karung gelap telah membuat lubang dengan sebilah pisau dan terus lesap. Keringanan secara tiba-tiba itu buat kaufikir yang kau semakin kuat bertenaga sambil kaujalan pulang ke teratakmu yang kecil melalui rimba yang melitup dunia. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Entah mengapa, hari ini aku berasa lapar hendak menterjemah sesuatu.

'Malam' Di Tengah Malam: Jurnal Yang Tertangguh

Imej
BAGAIMANA ya, untuk saya mulakan jurnal ini? Tambahan lagi, jurnal ini merupakan sebuah tulisan yang tertangguh, sebenarnya. Adakah saya harus meminjam tubuh saya pada masa lampau? Atau hanya menyelongkar memori-memori berkaitan yang masih bersisa di ruang ingatan? Baiklah. Apa kata kita mulakan dahulu dengan 'apa itu Malam ?'. Malam   merupakan antologi cerpen (edisi terhad) kelima terbitan  Buku Fixi selepas Kopi, Bola, KLCC dan 40 . Hanya dicetak  3000 naskhah dan hanya dijual Big Bad Wolf Sale 2014. Kulit hadapan buku yang minimalis. Lapis pertama (berwarna hitam) yang berlubang menampakkan lapis kedua (berwarna kuning) yang di dalam - memberikan gambaran bulan penuh. Kerana apalah malam tanpa bulan, kan? Lapis kedua  kulit hadapan. Kulit belakang  yang membariskan penulis-penulis Malam berserta dengan cerpen-cerpen garapan mereka. 3000 naskhah  segar dari ladang. Antologi cerpen  Malam  telah pun dil...

Merungkai Murakami III: Tsukuru Tazaki dan Odisi Mencari Kebenaran

Imej
Colorless Tsukuru Tazaki UNTUK beberapa kali, 'Le mal du pays’ (daripada suite pertama ‘ Years of Pilgrimage ’) dimainkan dari YouTube sepanjang pembacaan. Kononnya nak ambil feel , dan bak kata mat saleh, “ Well, it works, baby! ” “You can hide memories, but you can't erase the history that produced them.” Bagi aku, novel ini dimulakan dengan bab-bab awal yang sedikit lesu dan meleret-leret (sepertinya Murakami masih lagi dalam mengah mencuri-curi nafas sesudah penat mengerjakan magnum opus nya, 1Q84 ). Bab-bab awal juga -dengan tidak berapa kemas- melompat-lompat di antara waktu Tsukuru Tazaki yang berusia 36 tahun dengan dirinya yang berusia 20 tahun. Tidak mengapa, teruskan bacaan. Sehinggalah kita sampai pada kisah ayah Haida. Pada bahagian ini, kita mulai sedar (atau separa sedar mahupun di bawah sedar) yang penulis Jepun ini mula mempamerkan taringnya kembali. Lagu yang melatari novel ini, menghubungkan ingatan Tsukuru Tazaki dengan Shiro dan Haid...

Merungkai Murakami II: Dengarlah Nyanyian Angin

Imej
Dengarlah Nyanyian Angin “ WELL-crafted. ” Itu yang aku ungkap, sambil menggeleng-geleng kepala beberapa kali, setelah selesai menghabiskan novel ini. Murakami seakan ‘ demigod ’ dalam penulisan kontemporari Jepun. Kau akan dipaksa untuk menolak -atau paling kurang pun, meminggirkan sebentar- buku-buku  Natsume Sōseki,  Kōbō Abe,  Sawako Ariyoshi dan  Kenzaburō Ōe  semata-mata untuk memberi laluan kepada buku-buku beliau. Novel ini 'berwarna-warni'.  Protagonisnya sangat obses dengan penulis Derek Heartfield.  Sahabatnya pula, Nezumi (bermaksud ‘tikus'), alkoholik yang bercita-cita menulis novel.  Kekasih protagonis, gadis yang kehilangan jari kelingking di tangan kiri.  John F. Kennedy. Jay’s Bar. Lukisan “Rorschach”.  Perhubungan. Perpisahan. Kesunyian. Kesepian.  Dan California Girls nyanyian The Beach Boys! Nah, apa lagi yang kauharapkan daripada penulis Jepun ini? Motif-motif seperti inilah yang akan berulang...

Merungkai Murakami: Ulasan Dua Novel

Imej
AKU mula kenal dengan tulisan Murakami melalui cerpen-cerpennya, bukan seperti kebanyakan pembaca lain yang membaca Murakami bermula dengan novelnya. Aku mula dengan after the quake . Aku suka. Kemudian The Elephant Vanishes . Aku makin suka. Kemudian Blind Willow, Sleeping Woman . Aku merasakan tulisan Murakami… eh, aku rasa, aku dah ke laut ni. Sepatutnya aku ulas dua novel beliau. Secara pukal. Baiklah. After Dark After Dark Berlaku dalam satu malam, melewati novel ini seakan melalui suatu fasa mimpi. Aku tenggelam dan dibawa arus -segala-galanya kelihatan jelas, amat jelas- sehinggalah aku terdampar di penghujung cerita, terpinga-pinga. Aku tutup novel ini. Lalu bertanya kepada diri sendiri, apa yang berlaku sebenarnya? Atmosfera kota Tokyo pada waktu malam dihidupkan secara bersungguh-sungguh oleh Murakami. Generasi mudanya memeluk ketat-ketat apa yang datang dari barat - si pemain trombon Takahashi menggemari lagu 'Five Spot After Dark', manakala M...