Catatan

Merungkai Murakami: Ulasan Dua Novel

Imej
AKU mula kenal dengan tulisan Murakami melalui cerpen-cerpennya, bukan seperti kebanyakan pembaca lain yang membaca Murakami bermula dengan novelnya. Aku mula dengan after the quake . Aku suka. Kemudian The Elephant Vanishes . Aku makin suka. Kemudian Blind Willow, Sleeping Woman . Aku merasakan tulisan Murakami… eh, aku rasa, aku dah ke laut ni. Sepatutnya aku ulas dua novel beliau. Secara pukal. Baiklah. After Dark After Dark Berlaku dalam satu malam, melewati novel ini seakan melalui suatu fasa mimpi. Aku tenggelam dan dibawa arus -segala-galanya kelihatan jelas, amat jelas- sehinggalah aku terdampar di penghujung cerita, terpinga-pinga. Aku tutup novel ini. Lalu bertanya kepada diri sendiri, apa yang berlaku sebenarnya? Atmosfera kota Tokyo pada waktu malam dihidupkan secara bersungguh-sungguh oleh Murakami. Generasi mudanya memeluk ketat-ketat apa yang datang dari barat - si pemain trombon Takahashi menggemari lagu 'Five Spot After Dark', manakala M...

Budapest

Imej
( Sumber ) Budapest Oleh Billy Collins Penaku bergerak-gerak di sepanjang kertas umpama muncung binatang janggal berbentuk seperti lengan manusia serta disarung lengan baju sejuk hijau yang longgar. Aku melihatnya tak habis-habis menghidu kertas itu sengaja seperti haiwan lapar yang tak punya apa-apa dalam kepala tapi ulat-ulat dan serangga-serangga itulah yang benarkannya untuk bernyawa pada hari berikutnya. Ia cuma mahu untuk berada di sini keesokannya dengan pakaian, mungkin, di dalam lengan kemeja petak hidung keras menekan kertas menulis beberapa lagi baris ayat penuh patuh sementara aku merenung ke luar jendela dan bayangkan Budapest atau beberapa bandar lain di mana aku tidak pernah lawati. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Aku terasa dekat dengan sajak-sajaknya.

Sebuah Lagi Cerita Bohong

Imej
PERNAH aku terdengar ada mulut-mulut yang berkata, "Tak membazir ke buat bangunan tinggi-tinggi? Mahadey ni dah gila ke apa?" Sejujurnya, aku tidak "ambil port " pun dengan apa yang dikata. Sebab aku peduli apa!  Apa yang aku tahu (dan kau orang patut tahu), Buku Fixi akan terbitkan sebuah lagi antologi cerpen berjudul..... KLCC !!! (Sumber:  KLCC - Sebuah Antologi Cerpen Fixi ) Khabarnya, antologi cerpen ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun ke-15 terpacaknya dua menara tersebut di tengah-tengah pusat ibu kota Kolumpo. Jemputan menulis cerpen untuk buku ini tidak aku sia-siakan. Justeru, aku berterima kasih kepada  Mahadey  Buku Fixi kerana telah memberikan ruang kepada cerpen aku untuk dimuatkan ke dalam buku ini. Terima kasih, Buku Fixi! Terima kasih! Sejujurnya, terasa inferior juga menulis cerpen untuk buku ini. Kerana aku tahu penulis-penulis Fixi yang lain semuanya hebat-hebat. Fuh! Menggelupur jugalah aku menulis (eh?). Muk...

Menjadi Mangsa

Imej
KHAMIS yang lalu (22 November 2012), 48 jam kemudian, Sebelum ini, aku telah menang dalam pertandingan cerpen Hilang di Facebook Fixi (cerpen boleh dibaca  di sini ). Syukur! Kali ini, aku menang pula dalam pertandingan cerpen Mangsa . Cerpen aku boleh dibaca  di sini . Tak nak cakap banyak (sebenarnya malas), selamat membaca! CATATAN: Novel Mangsa tulisan Gina Yap Lai Yoong boleh dibeli secara online  di sini .

Ingin Jadi Cerpenis

MALAM sebelum aku ke Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2012 (KLAB), sebaik jarum jam mencanak pukul 11.30 malam,  Buku Fixi  telah anjur pertandingan cerpen di Facebook Fixi sempena novel Hilang . Sisi gelap diri aku mengatakan, "Kau kena sertai kontes   ini, Azrin. Kau kena sertai." Seakan dilema kerana sisi lain diri aku pula sibuk mencelah, "Alahh.. tak payah sertai. Bukan kau boleh menang pun. Lepak-lepak sudah. Esok borong buku di KLAB. Ada peluang, boleh jumpa Sufian Abas." Itu kisah 11.30 malam. Sejam lepas itu, aku hidupkan MacBook. Buka Microsoft Word. Papan kekunci diketuk rancak. Idea melompat-lompat. Aku tidak punyai masa yang lama. Pertandingan akan berakhir pukul 11.30 malam dua hari berikutnya. Bermakna aku masih ada 48 jam lagi. Dan siap! Tidak sampai sejam pun. Aku save dulu cerpen ini. Aku peram dulu. Esoknya, lepas balik dari KLAB, lepas berfoya-foya, aku edit cerpen ini sikit. Edit punya edit punya edit.  "Celaka!" ge...