Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TERJEMAHAN

Krasznahorkai, dan Tulisan yang Bertari dengan Syaitan

Imej
Kepulangan Irimiás ke kampungnya dalam  Satantango (1994). MALAH tiada sesiapa pun yang sanggup untuk kembali ke desa terpencil di ceruk Hungary ini – melainkan pembaca sendiri dan Irimiás, lelaki yang membawa sekali maut yang terpalit pekat pada tubuhnya masuk ke kampung yang sudah sedia mati. Atau mungkin saya tersilap kerana satu-satunya yang  hidup  di kampung ini ialah kematian itu sendiri. Kematian dan sastera bukanlah pasangan yang asing. Tubuh teks sering sahaja dilihat tegap apabila berdenyut dengan kematian, kadangkala hadir dengan wajah malapetaka – tulisan-tulisan László Krasznahorkai tidak terkecuali di mana malapetaka sentiasa menunggu pembaca di balik halamannya. Cuma sebelum menemuinya dalam novel  Satantango , kita dipelawa untuk menari dahulu dengan syaitan-syaitan yang menghuni perkampungan estet ini. Barangkali membuka langkah pertama dengan Futaki: “ Suatu pagi di hujung Oktober tidak berapa lama sebelum rintik pertama hujan musim ...

Bahasa (&) Sinema Seorang Tarkovsky

Imej
( dengan kameo seorang Truffaut ) DALAM filem Nostalghia (1983), ada satu babak di mana protagonis kita, Andrei Gorchakov berbual dengan temannya, Eugenia perihal terjemahan: GORCHAKOV : Apa yang kaubaca? EUGENIA : Tarkovsky… Puisi-puisi Arseny Tarkovsky. GORCHAKOV : Dalam bahasa Rusia? EUGENIA : Taklah, ianya terjemahan. Boleh tahan bagus juga. GORCHAKOV : Lempar sajalah. EUGENIA : Kenapa?… Lagipun, orang yang menterjemahnya, dia seorang penyair yang bagus. GORCHAKOV : Puisi tak boleh diterjemah. Seni secara keseluruhannya tak boleh diterjemah. EUGENIA : Aku boleh setuju dengan kau tentang puisi… tapi muzik? Muzik, misalnya? (GORCHAKOV menyanyi dalam bahasa Rusia. ) Eugenia, seorang yang percaya segala jenis hasil kerja artistik atau emosi manusia boleh merentas dari satu budaya ke budaya yang lain. (Malah dia sendiri pun, barangkali kerana terlalu memegang kuat keyakinan ini, diam-diam menyimpan perasaan terhadap Gorchakov.) Gorchakov sendiri ada...

Wajah Teshigahara Yang Lain

Imej
THE FACE OF ANOTHER ialah filem kedua Hiroshi Teshigahara yang aku tonton sesudah Woman in the Dunes . Dan setakat ini, Teshigahara sudah jadi pembikin filem Japanese New Wave kegemaran selain Nagisa Oshima, Toshio Matsumoto dan Kaneto Shindo (walaupun baru tonton satu saja filem Shindo, Onibaba ).  Di mata Teshigahara, imej-imej menjadi sureal dan sensual. Watak-wataknya seolah sudah bersedia untuk bernafas di dalam dunia berhawa kemimpiannya. Kita mungkin boleh kenal orang Jepun dalam filem-filem Oshima, Matsumoto dan Shindo. Tetapi dalam filem Teshigahara, orang Jepun hampir tidak wujud. Mereka hanya manusia yang sedang bergelut menggali identiti. Jika Niki Junpei dalam Woman in the Dunes  hanya dikelilingi pasir, Okuyama dalam filem ini pula dikelilingi rasa inferior dan orang-orang asing. Wajahnya menjadi tembok antara masyarakat dengan dirinya. Filem ini bukan sekadar Okuyama yang ingin tukar wajah untuk goda isterinya sendiri. Ia juga tentang wajah orang-orang ...

Bara/Mawar Layu di Kota Tokyo

Imej
Di balik topeng, wajah menderita sepi. -Toshio Matsumoto,  Bara no Sōretsu (1969) ( Kredit ) CATATAN: Bila ditanya apa filem Japanese New Wave kegemaran, tanpa ragu-ragu akan petik Bara no Sōretsu/ Funeral Parade of Roses  selain Death by Hanging (1968) dan The Face of Another (1966).

Pengenalan Puisi

Imej
Cameo T. Alias Taib, Usman Awang, Salleh Ben Joned, Latiff Mohidin  dan lain-lain dalam Mat Som . Pengenalan Puisi Oleh Billy Collins Kusuruh mereka mengambil puisi dan halakannya ke cahaya seperti slaid warna atau merapatkan telinga ke sarangnya. Kuberkata lepaskan seekor tikus ke dalam puisi dan lihat macam mana ia berkira-kira untuk keluar, atau melangkah di dalam bilik puisi dan meraba dinding-dindingnya demi suis lampu. Kumahu mereka luncur menyeberang di permukaan puisi melambai kepada nama penyair di pantai. Tapi apa yang mahu mereka lakukan adalah mengikat puisi pada kerusi dengan tali dan mendesak daripadanya sebuah pengakuan. Mereka mula memukulnya dengan belantan untuk mencari apa yang mahu ia sampaikan. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Dekatilah puisi dengan kasih dan sayang. Selamat Hari Puisi Sedunia!

Kebangkitan

Imej
Kebangkitan Oleh  Roberto Bolaño Puisi menggelincir ke dalam mimpi seperti seorang penyelam di dalam tasik. Puisi, lebih berani daripada yang lain, tergelincir dan tenggelam ibarat  besi melalui tasik tak berpenghujung  seperti Loch Ness atau tragis dan keruh seperti Tasik Balaton. Ambil kiranya dari bawah: seorang penyelam tak bersalah dilitup helai-helai hasrat. Puisi menggelincir ke dalam mimpi seperti seorang penyelam yang sudah mati di mata Tuhan. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Jika puisi telah menggelincir ke dalam mimpi, selamatkah kita jika tergelincir ke dalam puisi?

Yang Sudah Mati

Imej
( Sumber ) Yang Sudah Mati Oleh Billy Collins Yang sudah mati sering melihat ke bawah ke arah kita, kata merekalah. Sedang kita menyarung kasut atau membuat sandwic, mereka melihat ke bawah melalui kaca pada dasar perahu syurga sambil mereka dayung perlahan-lahan merentas keabadian. Mereka melihat kepala kita di bawah yang bergerak-gerak di atas bumi, dan apabila kita berbaring di padang atau di kerusi panjang, dimamaikan mungkin dengan bunyian tengah hari yang berpanjangan, mereka fikir kita sedang melihat kembali ke arah mereka, membuatkan mereka angkat pendayung-pendayungnya dan terus membisu serta menunggu, ibarat ibu bapa, supaya kita memejamkan mata. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur.

Kini dan Lampau

Imej
( Sumber ) Kini dan Lampau Oleh Billy Collins Penyair dinasti Tsong ini berduka lara bayu pun mengeluh seekor angsa pula melepasi kepala dan dia keseorangan di atas air di dalam perahu kecil. Andai dia menghargai kehidupan China pada abad kesebelas seperti yang aku hargai tiada dentum kartun di tivi tiada muzik dari trak ais krim hanya panggilan beburung dan aliran seragam jam air. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Dalam puisi ini, aku tidak pasti sama ada dia menghantar kita ke ruang/masa lampau, atau menghadirkan ruang/masa lampau itu di hadapan kita. Tetapi yang penting, dia telah menyedarkan kita untuk bersyukur - yang kita masih punya ruang, dan masih punya masa.