Tulisan di Atas Tilam
Chantal Akerman dalam Je Tu Il Elle (1974). Cerpen "Brutaniskala" dalam Mingguan Malaysia 7 Oktober 2018. Cerita: Tentang seorang sarjana senibina yang terperangkap di dalam binaan Brutalis rekaan seorang arkitek buta (kebutaan arkitek ini barangkali bertitik-tolak daripada kata-kata Juhani Pallasmaa, yang menegaskan bahawa senibina bukan okularsentrik - seni yang tidak bergantung pada deria mata semata-mata.) Dan walaupun hanya ada dua watak yang terperangkap di dalam ruang ini, mereka tidak berinteraksi. Masing-masing hanya berinteraksi - atau berdialog - dengan ruang/senibina yang memerangkap mereka; " Betapa binaan tidak pernah berganjak daripada berhubungan dengan tubuh; senibina dan tubuh harus terus berdialog. " Imej dan lain-lain: Ditulis dengan semangat foto-foto hitam-putih yang berkersik dan suram, persis permukaan binaan konkrit Brutalis yang kasar dan selekeh. Tetapi kekasaran dan keselekehan itulah keindahan yang saya cari. Keran...