Pengenalan Puisi
Cameo T. Alias Taib, Usman Awang, Salleh Ben Joned, Latiff Mohidin dan lain-lain dalam Mat Som . Pengenalan Puisi Oleh Billy Collins Kusuruh mereka mengambil puisi dan halakannya ke cahaya seperti slaid warna atau merapatkan telinga ke sarangnya. Kuberkata lepaskan seekor tikus ke dalam puisi dan lihat macam mana ia berkira-kira untuk keluar, atau melangkah di dalam bilik puisi dan meraba dinding-dindingnya demi suis lampu. Kumahu mereka luncur menyeberang di permukaan puisi melambai kepada nama penyair di pantai. Tapi apa yang mahu mereka lakukan adalah mengikat puisi pada kerusi dengan tali dan mendesak daripadanya sebuah pengakuan. Mereka mula memukulnya dengan belantan untuk mencari apa yang mahu ia sampaikan. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Dekatilah puisi dengan kasih dan sayang. Selamat Hari Puisi Sedunia!