Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel LAV DIAZ

10 Catatan Pendek Sesudah Filem Yang Panjang

Imej
MUNGKIN Lav Diaz mahu membekukan kesementaraan. Mula sa Kung Ano ang Noon (atau From What Is Before ) bolehlah dikatakan filem pertama dari Filipina yang saya tonton. Dan boleh juga dikatakan filem slow cinema kedua yang saya hadap (sesudah Once Upon a Time in Anatolia ; From What Is Before jauh lebih ekstrim dengan durasi 5 jam 38 minit). 1. Filem berputar di sekitar sebuah kampung di Mindanao sewaktu Filipina bawah diktator Marcos pada awal 1970-an. 2. 4 jam pertama sahaja kita hanya dibawa melihat ke sekitar kampung dan orang-orangnya. Sarat dengan long takes . Long take yang masih melekat dalam kepala saya: imej bukit bersemak yang landai, dari jauh, seorang perempuan penjual kuih perlahan-lahan muncul dari atas puncak menuruni bukit, kita menunggu, perlahan-lahan juga dia berjalan mendekati kita yang berada di bawah. 3. Mungkin niat Lav Diaz mahu tonjol betapa perlahannya progres di kawasan luar bandar pada era Marcos. Dan seolah-olah kampung ini tidak terkesan lang...