Thursday, 26 September 2013

Sesudah Dajjal

SESUDAH Dajjal Sebuah Antologi, satu lagi antologi cerpen bakal menyusul. Dan kali ini, temanya, "yakjuj". Ah, sudah! Apa yang akan aku tulis pula kali ni?! Watak "serigala" dan "gadis berambut oren" masih lagi berlegar-legar dalam kepala. Aku rasa kali ini aku nak tulis sesuatu yang lain... sedikit.

Maka terhasillah,

Fragmen Faridah!!!

(Sumber: @sufianabas)

Barisan cerpen dan penulis yang bersekongkol dalam "mencipta" Yakjuj ini,

FRAGMEN FARIDAH Azrin Fauzi
SELAMAT TINGGAL DUNIA Mohd Azmen
GOG Salleh Razak
FREDDY DAN GOLAK PRA, SEMASA, DAN PASCA-CIPTA Syahmi Fadzil
BUNGA KUACI Asyraf Bakti
FIKSYEN SITWENTYTHREE Pitri Al-Fateh Zainon
KARMA ANKER Syafie Mahyani
AKU, LISA DAN SECAWAN KOPI Ariff Masrom
MISTERI GIGITAN ABADI Amir Azmi
GADIS BILLBOARD SOS BAWANG Aloy Paradoks 

Buku terbitan SeLUT Press ini (sekali lagi disunting oleh Aloy Paradoks) akan dilancarkan di acara Art For Grabs di Annexe Gallery, Central Market pada 29 September 2013 ini (Boleh rujuk di sini). Untuk pembaca-pembaca lapar berjiwa hadhari, eloklah kalian prapesan buku ini dahulu. Caranya,

          Untuk naskhah tunggal Yakjuj Sebuah Antologi, klik di sini.
          Untuk Kombo Duologi Apokaliptika (Dajjal + Yakjuj) pula, klik di sini.
          Untuk Kombo Apokaliptika Puisi (Dajjal + Yakjuj + Tidak Ada Lagi Emily), klik di sini.

Beli. Dan baca tanpa was-was! Terima kasih!

CATATAN: Sengaja aku nak beritahu. Pada awalnya, nama watak dalam cerpen aku itu 'Rafidah'. Selesai menulis tiga perempat cerpen, baru aku tersedar namanya -seakan suatu proses metamorfosis- telah berubah menjadi 'Faridah'. Aku pun suka dengan 'Faridah'. Aku buang 'Rafidah'. Aku gantikan 'Rafidah' dengan 'Faridah'. Maaf, 'Rafidah'.

No comments:

Post a Comment