Fobia: Jangan Takut

NAK dipendekkan cerita, aku telah menghantar sebuah cerpen kepada sebuah rumah penerbitan yang baru bertapak. Dan cerpen aku itu telah terpilih untuk dimuatkan ke dalam kumpulan cerpen mereka yang pertama, FOBIA.

(Sumber: Roman Buku)

"Sejauh manakah anda mampu berhadapan dengan mimpi paling ngeri? Apakah yang sanggup anda lakukan untuk menghapuskan perkara yang paling ditakuti?

Selami 16 kisah pendek yang membongkar antara sisi tergelap dalam perasaan manusia, FOBIA. Zaman kanak-kanak yang gelap, pengalaman ngeri di hospital, menjadi saksi tragedi pembunuhan, dan pelbagai lagi cerita gentar dan debar dimuatkan dalam kumpulan cerpen ini.

Kita semua punya FOBIA. Apa ketakutan anda?"

Jika anda seorang yang mempunyai kuriositi liar yang membuak-buak, sudah tentu anda ingin mengetahui isi kandungan kumpulan cerpen ini, bukan? Dan mungkin juga anda ingin membaca petikan daripada setiap cerpen, kan? Jangan takut-takut untuk baca di sini.

Buku ini akan dilancarkan di acara Art For Grabs pada 29 September 2013 ini bertempat di Galeri Annexe, Pasar Seni (Boleh rujuk di sini).

Jadi,
jangan takut untuk membeli buku ini.
Dan jangan takut untuk membaca buku ini.
(Kerana buku bukannya benda yang harus ditakuti, bastat!)
Jangan takut untuk menulis.
Jangan takut untuk menghantar karya anda kepada penerbit.
Jangan takut (dan jangan meroyan) jika karya anda ditolak.
Jangan takut untuk melihat karya anda diterbitkan.
Jangan takut kepada Bik Mama (?)
Jangan takut jika tulisan anda dikritik, dicaci, dimaki dan dan dan...
Jangan takut, wahai penakut sekalian.

CATATAN: Apa yang aku merepek ni?

Ulasan

  1. Salam. Hai En. Azrin Fauzi. Saya baru selesai membaca cerpen senja oh senja nukilan anda dan saya ingin ucapkan tahniah kerana anda berjaya menggarap satu dimensi yang berbeza dari penulis melayu yang lain. Malaysia perlukan lebih idea sebegini dan saya berharap anda masih menulis. tahniah sekali lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi membaca cerpen saya. Ya, saya masih lagi (belajar) menulis. Jangan lupa untuk dapatkan Kumpulan Cerpen Jalan Tengah yang akan diterbitkan oleh Roman Buku tidak lama lagi. Sebuah cerpen saya ada terselit di dalamnya.

      Padam

Catat Ulasan