Dajjal Mana?

INGIN aku khabarkan di sini bahawa cerpen aku yang terbaru, berjudul Serigala, Revolver dan Gadis Berambut Oren (mangai, panjangnya tajuk!) telah diterbitkan dalam antologi cerpen Dajjal, suntingan Aloy Paradoks.

(Sumber: @sufianabas)

Temanya "dajjal". Persoalannya, dajjal mana? Aku tidak berminat untuk menulis tentang kehadiran makhluk yang buta sebelah matanya itu yang dikaitkan dengan Illuminati, Freemason, Orde Dunia Baru, Baphomet, Akak Lady Gaga (?) dan segala macam lagi teori konspirasi (yang bullshit!). Justeru, aku memilih untuk menulis sesuatu yang mudah untuk dihadam (aku harap-haraplah), yang bergenre komedi gelap. Bergenre fiksyen transgresif. Ya, sesuatu yang badass!

Katanya, daripada 31 cerpen yang diterima oleh SeLUT Press, hanya 10 cerpen yang terpilih (salah satunya ialah cerpen aku) untuk dimuatkan ke dalam antologi Dajjal ini. Berikut ialah cerpen-cerpennya (dan para penulis),

TASIK GALILEE Mohd Azmen
FILEM Salleh Razak
GADIS DAN GIGI Walid Ali
SERIGALA, REVOLVER DAN GADIS BERAMBUT OREN Azrin Fauzi
f 5.6 Nik Adam Ahmad
PENGEMBARAAN JAL DI TANAH MELAYU Rayza MukMin
DIARI AHMAD FASILON Syahmi Fadzil
MIGRAINE Raisya Nordin
40 HARI MEMBUNUH DAJJAL Fairul Nizam Ablah
ADAM Shafiz Mahmod

Antologi Dajjal ini boleh mula dibeli dengan rakusnya di Art For Grabs, Annexe Gallery Central Market yang akan berlangsung dari 16 hingga 17 Mac 2013 ini. Oh ya, khabarnya SeLUT Press ada menawarkan diskaun 25% untuk prapesan buku ini (sehingga 15 Mac 2013 sahaja). Cuba klik sini.

Akhir kata, selamat membaca!



CATATAN: Ini bukan buku keagamaan mahupun himpunan kisah-kisah ajaib dari Mekah. Bukan sama sekali. Bukan.

Ulasan