Bunga Api

di penghujung malam itu
kaubawa sejambak bunga kertas
yang segar kaucuri-cantas
kumenduga: Untuk siapa?
kauberkata: Sengaja. Suka-suka.

dinyala pemetik api penuh manja
dibakar satu persatu kelopak rasa
sejambak bunga kertas
merah menyala, panas
antara bunga dan api
kaulambung tinggi-tinggi
kaulaung separuh mati:
        Bougainvillea!
        Bougainvillea!
aku membatu, tidak mengerti
kauberkata: Itulah bunga api.

Azrin Fauzi
1 Januari 2013

CATATAN: Selamat menyambut tahun baru.

Ulasan