#PussyUntukPerpisahan

SALAM 1Pussy.

Cerpen aku berjudul "Diari Seekor Absurdis" telah terpilih untuk diterbitkan secara "pussy" (?!) dalam antologi cerpen Pussy Untuk Perpisahan.

(Sumber: @mutalibuthman)

Berita tentang projek antologi cerpen #PussyUntukPerpisahan ini mula berlegar-legar di Facebook dan Twitter sejak 4 Disember lepas lagi. Syarat-syarat cerpen - bertemakan perpisahan, main dan/atau haiwan serta sekitar 700-1000 patah kata.

Pussy? Apa yang pussy? Mulanya, aku betul-betul lost memikirkan cerita yang sesuai dan bertepatan dengan kata "pussy" itu. Lepas beberapa hari, baru aku dapat idea untuk menulis.


Aku harap kau orang menyokong aku (dan penulis-penulis lain) dengan membeli antologi cerpen ini. Selamat membaca!

Sekian.

Majulah pussy untuk negara! (?)

CATATAN: Boleh dapatkan antologi cerpen ini di Art For Grabs, Annexe Gallery sehingga esok dengan harga RM20 senaskhah. Miau miau...

Ulasan