Seperti Stroberi

i
Di celahan ranting stroberi
aku mengusik
kau mencebik
masam.

ii
Sekali lagi kumengusik
aku mengejek
kau yang lembik
diam.

iii
Di balik stroberi kecil
nakal mengejar aku
kau tidak lagi kaku 
muka merah itu marah
sabar kini merobek bisu
itulah engkau
lembik, masam tapi manis
seperti stroberi.

Azrin Fauzi
Februari tiga, dua ribu sebelas
Lokasi random Cameron Highlands

CATATAN: Tiada catatan dalam dingin ladang stroberi ini.

Ulasan

Catat Ulasan