Tuesday, 12 June 2012

Fakof I

KHALWAT

Pernah mereka ditangkap khalwat. Pernah mereka berzina.
"Aku mengandung anak kau, celaka!"
kata Tompok kepada Belang
sambil meliang-liuk
ekornya.
Serik.


HARUAN

Di dapur. Haruan tiada.
Terpaksa Salmah memasak daging berempah. Buat bapanya.

Di ruang tamu.
Bapanya diam menunggu.
Tanpa tangan dan kaki. Dan kepala.
Kerat sini-sana.
Dalam merah darah.
Salmah mengusap perut.
Makin membesar.
Tangannya bergetar.
Lidahnya mencarut.
Dalam marah, Salmah menangis.


LORONG

Di sebatang lorong.
Dalam tong.
Dina (binti Abdullah) tidak menangis.
Mengapa berair mata?
Yang hadirnya sia-sia.
Dia punya cita-cita.
Mencari ibu.
Membunuh bapanya.
Celaka!

CATATAN: Buat Kahlil Gibran, pemula puisi prosa.

No comments:

Post a Comment